Wednesday, September 22, 2010

AnDA STRESSSsss?????

Bismillahirahmanirrahim....

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana anda berada dalam situasi yang sangat stress???

stress dengan asgmnt yang banyak....

stress dengan mendapat markah yang tercorot....

stress dengan rakan-rakan...

stress dengan keKASih anda.....dll

bertambah stress apabila orang yg kita sayangi tidak memahami dan tidak berada dengan kita sewaktu kita memerlukan dia.....

sebenarnya setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk

mengurangkan tekanan tersebut...oleh itu, saya juga tidak ketinggalan mempunyai beberapa cara tersendiri untuk mengurangkan STRESS....yok mari kita lihat....

~ mandi dengan lama dan bermain air

~ menyanyi

~ mendengar lagu yg boleh menenangkan jiwa

~ menyembur haruman lavender di persekitaran saya.....lavrnder sgt baik apabila kita stress...

~ membaca majalah2 yang saya suka

~ suka tgok2 fesyen2 baju x kira di kdai atau di majalah

p/s :Disini saya ingin menekankan bahawa apabila kita stress JANGAN sesekali kita
berHARAP bahawa Orang lain akan memahami kita atau mengharapkan mereka boleh membantu anda....hal ini kerana seandainya anda terlalu berharap dengan keadaan itu..anda sendiri akan mengalami stress yang teruk apabila apa yang diharapkan tinggal harapan....




SuKARNya LupaKAn BeKas KekASih...

SAYA remaja 21 tahun dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Saya baru putus cinta beberapa bulan lalu selepas mengharunginya selama empat tahun. Masalahnya, saya sukar melupakan bekas kekasih kerana kami putus atas kehendaknya tanpa sebarang alasan.


Fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini namun setakat ini pelajaran tidak terjejas teruk. Hanya Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya apabila kata putus hanya dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).


Apabila cuba mendapatkan penjelasan kekasih, saya dimaki hamun hingga tidak percaya kekasih berubah sikap.


Bekas kekasih saya tidaklah seteruk mana dan sepanjang kami bersama dia amat baik. Dia sentiasa ada ketika susah atau senang sebab itu sukar saya melupakannya. Masalah utama saya bagaimana mahu melupakannya kerana jarak rumah kami dekat. Saya cuba namun kenangan bersama sering menghantui ketika berseorangan.


Kesan perpisahan ini, saya tidak mempercayai dan sering menganggap lelaki semuanya sama. Saya rasa kosong apabila melihat lelaki dan rasa macam tidak diperlukan sesiapa melainkan keluarga. Saya kini lebih membenci pasangan kekasih walaupun mereka tidak buat salah.


Saya ingin melupakannya secepat mungkin supaya dapat memberi tumpuan pada masa depan. Tolonglah saya.

Terlalu kecewa
pahang.

JAWAPAN DARI PAKAR KAUNSELOR

MEMANG cinta itu buta kerana tidak memilih siapa untuk dilukai. Rasa luka adik dikecewakan cinta memang amat menyakitkan.


Dr memahami perasaan itu. Jangan menyeksa diri dengan cuba menafikan perasaan yang wujud. Bagaimana boleh terus melupakan apa yang pernah menjadi sebahagian daripada diri adik. Semakin cuba melupakan bekas kekasih, semakin sukar membuangnya dalam ingatan. Memaksa diri melupakan bekas kekasih secepat mungkin boleh memberi kesan kepada diri adik. Biarlah masa yang mengubah serta menghilangkan sedikit demi sedikit kenangan manis dan indah bersama bekas kekasih.


Manusia normal pasti berubah apabila sesuatu peristiwa berlaku. Perubahan menjadi seorang yang benci kepada pasangan bercinta adalah kesan putusnya cinta. Adik juga tidak mempercayai dan menganggap lelaki semua sama.


Perasaan yang adik alami sekarang adalah biasa bagi pasangan yang putus cinta.


Dr memahami rasa tidak percaya adik kepada semua lelaki. Membuat generalisasi semua lelaki adalah seperti bekas kekasih pasti menutup rasional berfikir.

Cuba adik ambil contoh lelaki yang setia pada cinta. Lihat contoh lelaki yang hampir dengan adik seperti keluarga atau saudara mara.


Apa yang boleh adik lakukan sekarang ialah merasai kesedihan dan mengakui perubahan yang berlaku. Selepas puas mengalami perasaan ini, masa pasti membawa bersama kepedihan rasa. Kekecewaan sedikit demi sedikit pasti pergi jua. Ketika proses ini berlaku, pelbagai gelodak emosi tentunya dialami terutama sekali perasaan kelukaan kerana dikecewakan. Perasaan marah, benci, rindu dan sayang akan silih berganti.


Bagi mengurangkan ingatan terhadap bekas kekasih, adik boleh melakukan aktiviti yang mengisi minda dan tenaga.


Sebagai pelajar, isikan masa dengan aktiviti berfaedah. Jadikan kata-kata Hamka sebagai motivasi adik tidak terus tenggelam dalam lautan kekecewaan. Mengikut beliau ‘cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.


Thursday, September 16, 2010

Hati hancur kekasih auta

SAYA ada kekasih dan sudah bersama selama dua tahun. Perkenalan kami hanya melalui facebook dan tidak pernah bersua, hanya melalui gambar saja.

Saya pernah beritahu keluarga mengenai hubungan kami dan menerimanya. Saya sayangkannya, tetapi akhirnya dapat tahu dia sudah bertunang. Berita itu saya peroleh apabila membuka facebook adiknya.


Saya bertanyakan kekasih dan dia mengakui. Hati saya hancur. Dia mengaku pertunangan itu bukan kerelaan hatinya, tetapi pilihan keluarga dan tidak mampu melakukan apa-apa.


Saya bertanya sama ada dia masih sayangkan saya dan dia mengaku sayangkan saya dan tunangnya. Dia tidak akan melepaskan saya ke tangan orang lain dan bercadang berjumpa ibu bapa saya hujung tahun ini. Saya tidak mahu melukakan hati tunang dan hati saya sendiri. Apa harus saya buat?

KECEWA
Kuala Lumpur

jawapan

HARI ini facebook memang menjadi medan perkenalan, pertemuan dan ada yang hingga ke alam perkahwinan namun bagi adik keadaan berbeza.


Perkenalan di alam maya ini membawa kepada perasaan kecewa kerana kekasih tidak jujur kerana tidak memberitahu dirinya sudah bertunang. Sukar bagi seseorang untuk mencintai sejujurnya dua orang pada waktu yang sama. Walaupun, secara lahiriah kekasih mengakui mencintai adik dan tunang, tetapi perasaannya, adakah dia dapat memberi keadilan kepada perasaan cinta dan sayangnya kepada dua wanita yang wujud dalam hidupnya? Sifat tidak jujur kekasih akan memakan diri adik. Apabila kekasih tidak mampu bercakap benar dalam perhubungan kalian pada waktu ini, ada kemungkinan besar dia menipu dalam perhubungan apabila sudah berkahwin.


Sesuatu yang perlu adik fikirkan ialah hubungan kekasih dengan tunangnya adalah satu ikatan sedangkan hubungan adik dengan kekasih tidak diikat. Apatah lagi, perhubungan ini bersifat maya. Tidak pernah berjumpa. Dari sudut kekuatan perhubungan, ternyata, tunang kekasih mempunyai kelebihan untuk memiliki kekasih adik. Seterusnya, apakah jaminan kekasih adik akan menunaikan janjinya berjumpa dengan ibu bapa adik pada hujung tahun ini? Selama ini dia tidak bersifat jujur dengan adik. Adik boleh meneruskan percintaan dengan kekasih, tetapi risikonya besar. Ia membabitkan hubungan tiga segi dan bukan mudah dilakukan.


Adakah adik sanggup menanggung risiko bercinta dengan orang yang sudah diikat hatinya?. Jika adik merasakan ia lebih membebankan untuk terbabit dalam hubungan berliku ini, adik boleh mengambil keputusan mengundur diri.


Sekali lagi perasaan dan hati adik akan hancur, tetapi ia perlu dilalui. Jika bukan sekarang, tetapi masa akan datang, kecuali jika kekasih memilih adik daripada tunangnya. Setakat ini, kekasih adik masih tidak mampu meninggalkan tunangnya. Apa yang mampu dilakukan ialah berdolak-dalih dengan adik dengan memberi janji yang manis.


Percintaan membabitkan tiga pihak memang memeritkan. Kekuatan perlu ada bagi adik membuat sebarang keputusan. Apapun keputusan diambil, ia bukan mudah.


Namun, pilihlah jalan yang lebih membawa kebaikan sama ada pada masa sekarang atau akan datang. Hanya adik lebih tahu apa keputusan itu.

Wednesday, September 8, 2010

KeCantikan LelaKI & keGagAhan WAniTa

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Tuesday, September 7, 2010

CiNTa YanG MemBunuH



lihatlah renungkanlah dan hayatikanlah video ini......

Monday, September 6, 2010

KeM SinaR PErMAta


tangkap gambo bersama pelajar2 sekolah rendah dato kamaruddin



saya ajk multimedia..2 tagh menunggu gambo untuk membuat montaj



mereka sangat seronok menjalankan aktiviti warna-warni kehidupan. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kem kepimpinan.



mereka berhati-hati membawa belon tersebut agar tidak jatuh atau terpecah. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan untuk melihat kerjasama dalam kalangan mereka.



tarian energiner tango dilakukan untuk menaikkan semula semangat mereka agar terus bersemangat untuk melakukan aktiviti yang seterusnya.